Nuffnang Ads

Saturday 21 September 2013

Happening on 21 Sept in Sabah

Anda ingin jadi seperti bintang K-Pop yang mempunyai kumpulan tersendiri, atauningin menjadi seperti 2NE1, G-Dragon, SnSD ?

Inilah peluang sebenarnya, jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai program realiti pencarian bakat baru,'The Band' dan sekiranya terpilih, anda berpeluang untuk dibimbing oleh beberapa nama besar dalam industri hiburan tanahair/antarabangsa.

Jika sebelum ini, ujibakat 'The Band' yang berlangsung di Danga City Mall telah mendapat sambutan hangat dan kini tibalah giliran orang-orang negeri Sabah tampil menunjukkan kebolehan mereka.

Sabah sememangnya diakui mempunyai banyak bakat-bakat dalam segi nyanyian dan tarian. Lihat sajalah bintang-bintang Akademi Fantasia yang berasal dari Sabah seperti Adam, Stacy atau Adira.Mereka-mereka ini telah mencipta nama dipersada seni muzik negara kita.

Mungkinkah anda orang-orang Sabah boleh menjadi seperti mereka atau pun lebih hebat? Datanglah beramai-ramai ke uji bakat The Band yang akan diadakan di Centre Point pada pada 21 dan 22 September 2013!

Anda perlu mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan ketika menghadiri sesi ujibakat di iaitu:

• Terbuka kepada warganegara Malaysia, Singapura & Brunei
• Berumur dari 18 - 30 tahun pada tarikh ujibakat diadakan
• Terbuka kepada lelaki & wanita
• Bebas untuk menyertai ujibakat ini secara solo ataupun
secara berkumpulan
• Anda dikehendaki menyanyikan sebuah lagu pilihan sendiri
dari genre pop yang boleh menonjolkan bakat nyanyian dan
tarian anda dalam masa yang sama
• Sila bawa salinan Kad Pengenalan, 2 keping gambar terbaru
berukuran 4R dan CD Minus One/Karaoke

Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakkan.

Borang penyertaan boleh dimuat turun menerusi laman web rasmi www.theband.com.my dan kepada mereka yang ingin menjalani sesi ujibakat diminta untuk mendaftarkan diri di kaunter lebih awal dengan pakaian yang bersesuaian.

Sekiranya terpilih, bakat-bakat baru ini akan dibimbing oleh beberapa nama besar dalam industri hiburan tanahair/ antarabangsa dan sesuai dengan konsep program ini, penekanan akan diberikan kepada keseluruhan aspek yang penting untuk melahirkan kumpulan pop yang boleh diketengahkan untuk pasaran peringkat antarabangsa. Aspek tersebut termasuklah kebolehan vokal, gaya tari, keterampilan imej busana dan aura penghibur.

Jadi apa lagi tunggu lagi warga yang tinggal di negeri Sabah sekalian, mari bersama-sama hadirkan diri ke sesi ujibakat The Band esok, hari Sabtu dan Ahad dan siapa sangka mungkin ada di antara kalangan adan bakal menjadi bintang salah sebuah kumpulan Pop ternama antarabangsa!

Sila layari lama web www.theband.com.my untuk maklumat lanjut tentang program The Band dan sesi uji bakat yang akan dijalankan.

No comments:

Post a Comment

What Do You Think ?

Click ! Click !